Thursday, 31 March 2011

hobi baru lepas bersara

Lu boleh tengok wa wat pe aaa...

  Satu hobi baru yang menguja dan memuaskan.....penat,letih tapi mengujakan....hari2 mau kayuh bro...lu boleh tengok aa waa wat pe la ni.

 ni pulak.gamba muka orang penat.

Binawe punya kengkawan....mementang aku dah tak larat, ditinggalnya aku sesorang....terkontang-kanteng aku....puiii...........aku rasa macam nak nangis...segan la pulak..



                                           
      Abang Mail (Yeop) tahan kentut tuu

  Apa daa....baru kayuh 3km dah berenti nak begambo....peluh jantan pun belum   kuar lagi.

Tuesday, 15 March 2011

Batu Laut

Batu Laut adalah tempat kelahiran ku. Berada didaerah Kuala Langat, 10km dari Morib. Pekan yang berhampiran adalah Tg. Sepat. Di pantai Batu Laut adalah tempat aku bermain, mengisa ikan, memancing dan apa-apa saja aktiviti boleh dilakukan. Bermain layang-layang, gasing, memancing dan pelbagai aktiviti anak orang kampung.

Kami dulu suka main layang-layang. Ramai golongan tua di sini mahir membuat layang-layang. Pantai Batu Laut seawal tahun 70an terkenal dengan aktiviti bermain layang-layang, gasing, tarik tali, panjat tiang licin. Semua aktiviti tersebut diadakan di Pantai Batu Laut, terutama ketika pesta mandi sapar yang popular didaerah ini ketika dahulu. Sayangnya itu semua tinggal kenangan saja, kerana generasi sekarang sudah kurang berminat lagi.

Sunday, 13 March 2011

kayuhan ke Pajam

Seawal jam 7pagi lagi aku dah siap di hadapan rumahku bersama Pak Sharif.Kelihatan Pak Sharif tidakdapat duduk dengan tenang. Kami menunggu kaki-kaki kayuh untuk menguji tahap kecergasan masing2. Tepat jam 7.40pagi barulah para pengayuh muncul dengan muka yang cukup ceria. Wah ada 12 orang ni, boleh kayuh jauh sikit. Perbincangan segera dan keputusan segera, kami bersetuju mengambil laluan Lekas Highway dan destinasinya ialah Pajam.

Mula berkayuh dengan penuh semangat, tangga jejantas di panjat, basikal di pikul.....puh..memasing penuh semangat dengan cabaran yang di tempuh........berjalan lancar......melepasi tol pertama masih lancar....turun hala ke LEKAS highway.....hanya tinggal 5peserta sahaja termasuk aku yang sanggup meneruskan kayuhan hingga ke Pajam dan balik ke Kajang. Itulah kayuhan hari ini yang penuh cabaran. (nak gi kenduri kawen anak kawan di Bangi Lama dan kenduri kawin anak buah aku di Jenjarom Banting.x sempat nak cerita banyak2 hari ni. Hingga jumpa lagi.

sila lihat gambar kayuhan aku dan kawan hari ini....





Friday, 11 March 2011

Hari ini yg gagal

 Assalamualaikum

Wak Zol

Seawal 7pagi lagi kami telah berkumpul di depan pondok pak Sarip berhadapan rumah ku untuk melaksanakan kayuhan. Masing-masing degan penuh semangat menayang basikal dengan bangganya. Lihatlah muka-muka ceria ini.

Kayuhan bermula dari hadapan rumahku menyusuri  highway menuju sg.long. Baru lepas tol pertama hala ke semenyih/sg.long kumpulan dah mula berpecah dua. Aku dan kumpulan pertama sudah jauh dihadapan meninggalkan kumpulan kedua. Alih-alih kumpulan dibelakang telah mengubah haluan dan kami yang dihadapan tidak dapat mengesan mereka. Setelah menunggu lama, kami mengambil keputusan untuk berpatah balik. Misi kami pagi ini gagal dilaksanakan.

Kepada teman-teman semua kami mohon maaf diatas kekeliruan hari ini. Marilah kita perbaiki kelemahan-kelemahan ini supaya aktiviti-aktiviti yang kita rancang dapat berjalan dengan lancar. Esok kita kayuh lagi....perjuangan kita teruskan.....ayuh kita kuatkan semangat.