Tuesday, 15 March 2011

Batu Laut

Batu Laut adalah tempat kelahiran ku. Berada didaerah Kuala Langat, 10km dari Morib. Pekan yang berhampiran adalah Tg. Sepat. Di pantai Batu Laut adalah tempat aku bermain, mengisa ikan, memancing dan apa-apa saja aktiviti boleh dilakukan. Bermain layang-layang, gasing, memancing dan pelbagai aktiviti anak orang kampung.

Kami dulu suka main layang-layang. Ramai golongan tua di sini mahir membuat layang-layang. Pantai Batu Laut seawal tahun 70an terkenal dengan aktiviti bermain layang-layang, gasing, tarik tali, panjat tiang licin. Semua aktiviti tersebut diadakan di Pantai Batu Laut, terutama ketika pesta mandi sapar yang popular didaerah ini ketika dahulu. Sayangnya itu semua tinggal kenangan saja, kerana generasi sekarang sudah kurang berminat lagi.

No comments:

Post a Comment