Seawal jam 7pagi lagi aku dah siap di hadapan rumahku bersama Pak Sharif.Kelihatan Pak Sharif tidakdapat duduk dengan tenang. Kami menunggu kaki-kaki kayuh untuk menguji tahap kecergasan masing2. Tepat jam 7.40pagi barulah para pengayuh muncul dengan muka yang cukup ceria. Wah ada 12 orang ni, boleh kayuh jauh sikit. Perbincangan segera dan keputusan segera, kami bersetuju mengambil laluan Lekas Highway dan destinasinya ialah Pajam.
Mula berkayuh dengan penuh semangat, tangga jejantas di panjat, basikal di pikul.....puh..memasing penuh semangat dengan cabaran yang di tempuh........berjalan lancar......melepasi tol pertama masih lancar....turun hala ke LEKAS highway.....hanya tinggal 5peserta sahaja termasuk aku yang sanggup meneruskan kayuhan hingga ke Pajam dan balik ke Kajang. Itulah kayuhan hari ini yang penuh cabaran. (nak gi kenduri kawen anak kawan di Bangi Lama dan kenduri kawin anak buah aku di Jenjarom Banting.x sempat nak cerita banyak2 hari ni. Hingga jumpa lagi.
sila lihat gambar kayuhan aku dan kawan hari ini....




No comments:
Post a Comment