Assalamualaikum
Wak Zol
Seawal 7pagi lagi kami telah berkumpul di depan pondok pak Sarip berhadapan rumah ku untuk melaksanakan kayuhan. Masing-masing degan penuh semangat menayang basikal dengan bangganya. Lihatlah muka-muka ceria ini.
Kayuhan bermula dari hadapan rumahku menyusuri highway menuju sg.long. Baru lepas tol pertama hala ke semenyih/sg.long kumpulan dah mula berpecah dua. Aku dan kumpulan pertama sudah jauh dihadapan meninggalkan kumpulan kedua. Alih-alih kumpulan dibelakang telah mengubah haluan dan kami yang dihadapan tidak dapat mengesan mereka. Setelah menunggu lama, kami mengambil keputusan untuk berpatah balik. Misi kami pagi ini gagal dilaksanakan.
Kepada teman-teman semua kami mohon maaf diatas kekeliruan hari ini. Marilah kita perbaiki kelemahan-kelemahan ini supaya aktiviti-aktiviti yang kita rancang dapat berjalan dengan lancar. Esok kita kayuh lagi....perjuangan kita teruskan.....ayuh kita kuatkan semangat.
No comments:
Post a Comment